Sunday, 10 November 2013

Syabas PDRM - Suspek Pembunuhan, Rompakan Ambank Berjaya Ditangkap


Syabas Team Ops Cantas Bukit Aman kerana telah berjaya menangkap pembunuh kejam (Ardi) di Kg Belungkor, Kota Tinggi, Johor awal jam 7.00 pagi tadi.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar dalam akaun twitternya memaklumkan berita gembira tersebut.

Alhamdulillah, kes tembak seorang pegawai operasi Ambank, Norazita Abu Talib, 37 di Subang Jaya  pada 23 Oktober lalu selesai dan kini Ardi kini menghitung hari ke tali gantung.

Dia dikehendaki dalam kejadian samun di Subang Jaya pada 23 Oktober 2013 yang melibatkan kematian seorang kakitangan Ambank.
Sepanjang pemburuan suspek, 11 individu warga Indonesia ditahan bagi membantu siasatan.
Pengawal keselamatan  itu menembak mati Norazita selepas beliau membuka bilik kebal Ambank di Subang Jaya.
Pengawal itu turut melarikan kira-kira RM450,000. Polis kemudiannya melancarkan gerakan memburu pengawal berkenaan. - myNewshub.my

Syabas rakyat Malaysia yang tidak jemu membantu pihak PDRM dalam menangani masalah jenayah di Malaysia tercinta ini.

0 comments:

Post a Comment