Tuesday, 5 November 2013

Call of Duty : Ghosts, Permainan Aksi Terhebat

Activision telah mengeluarkan video iklan terbaru Call of Duty Ghosts menggunakan orang sebenarnya bertajuk ‘Epic Night Out’. Video yang berdurasi lebih kurang 1 minit 45 saat itu juga menampilkan pelakon seksi Megan Fox sebagai kameo di dalam iklan tersebut.

Baru-baru ini pihak Activision juga mengeluarkan video terbaru gameplay bertajuk Extinction yang menampilkan permainan baru melawan Alien. Call of Duty Ghosts kini telah menemui peminat selepas pelancaran dibuat pada hari ini.

Pada siri Ghosts ini, ia mengambil latar permainan yang baru, termasuk jalan cerita yang serba baru. Pemain juga disediakan dengan kawalan AI berupa anjing, membolehkan ia melindungi ahli pasukan dalam sesuatu misi.

Permainan ini juga banyak membawakan peningkatan dari segi grafik, dan menggunakan enjin permainan serba baru.

Official Call of Duty®: Ghosts Live-Action Trailer - "Epic Night Out"

Official Call of Duty: Ghosts Reveal Trailer

0 comments:

Post a Comment